Tuesday

Keinsafan seorang sahabat

 

Assalamualaikum,

Kisah ini berlaku pada Tha'labah bin Abd. Rahman. Suatu hari dia terpadang aurat anak perempuan sahabat yang lain dengan pandangan yang agak lama. Dia terasa pandangannya itu salah dan menyesal. Lalu dia tinggalkan Kota Madinah dan pergi ke kawasan pergunungan yang terpencil untuk bermunajat kepada-Nya memohon keampunan. Apabila Rasulullah s.a.w. tahu, baginda menghantar Sayidina Umar dan Salman untuk mencarinya. Ketika ditemui, Tha'labah sedang berlari anak seperti orang gila sambil berkata dan menangis  "Ya Allah, aku menyesal, ampunilah aku". Sayidina Umar dan Salman mengajaknya pulang ke Madinah tetapi dia enggan.

Katanya, "aku tidak mahu pulang ke Madinah kerana aku orang yang bersalah" diulangnya pekataan itu sambil menangis hiba. Bila disebut itu adalah permintaan Nabi, dia tidak lagi membantah. Dalam perjalanan pulang, dia yang semakin uzur itu semakin lama semakin terkebelakang dari Sayidina Umar dan Salman.

Apabila ditanya, kenapa lambat, dia menjawab "aku orang yang bersalah, tidak layak berjalan bersama kalian orang yang baik-baik". Mereka bertiga terus menangis. Ketika sampai di Masjid Madinah, Nabi sedang mengimamkan solat Isyak. Sayidina Umar dan Salman terus mengikut Nabi bersolat. Tha'labah, apabila terdengar suara nabi membaca Al-Quran terus jatuh pengsan. Selesai bersolat, Nabi terus mendapat kan Tha'labah dan terus dibawa ke rumahnya dalam keadaannya yang semakin lemah dan uzur.

Pada hari yang lain, Nabi pergi menziarahinya. Nabi meletakkan kepala Tha'labah keatas ribanya. Bila Tha'labah merasakan kepalanya di letakkan di atas riba Nabi, dia cepat-cepat menurunkannya semula. Lalu Nabi bertanya  "Tha'labah, engkau tidak sukakah meletakkan kepalamu di atas riba Nabimu? Tha'labah dengan penuh hiba dan sayu berkata "Bukan aku tak mahu ya rasulullah, tapi diriku yang banyak salah ini tak layak meletakkan kepalaku di ribamu."

"Habis, apa yang engkau mahu?" tanya Nabi. Tha'labah menjawab "aku tidak mahu yang lain ya Rasulullah. Aku mahukan keampunan Allah, Tuhan sekalian alam".

Ketika itu datang Jibril membawa berita dan nabi menjawab "Wahai Tha'labah, telah datang perkhabaran dari-Nya, kiranya dosa dan kesalahanmu memenuhi langit dan bumi ini, maka keampunan Allah juga memenuhi langit dan bumi ini". Terdengar sahaja perkhabaran itu, terkeluarlah dari mulut Tha'labah,  "Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar". Pulanglah Tha'labah kepada Tuhan-Nya dalam keadaan tenang disisi Nabinya.

Semasa jenazahnya dibawa kekubur, Nabi berjalan terhoyong-hayang, seolah-olah mengelak sesuatu. Apabila ditanya oleh para sahabat, baginda menyatakan bahawa dia mengelak dari terpijak dan terlanggar jutaan malaikat yang turun sama menghantar jenazah Tha'labah. Allahu akbar....

Lihatlah pada Tha'labah, 'apalah' salah dia?  hanya terlihat aurat seorang perempuan. Bagaimana dia mencari keredhaan, kasih-sayang dari-Nya? sedarlah. Bagaimana dengan diri kita yang sentiasa penuh dengan dosa yang tidak terkira, kecil atau besar. Tapi apakah penyesalan telah wujud di hati. apakah yang telah dilakukan demi menebus kesalahan2 itu. Insaflah diri.

Sesungguhnya mati itu benar, barzah itu benar, kiamat itu benar, titian sirat itu benar, masyar itu benar, syurga dan neraka itu juga benar.

"Wahai tuhan, ku tak layak kesyurga Firdaus-Mu, namu tak sanggup pula aku ke neraka-Mu. Terimalah taubatku, ampunilah dosa-dosaku, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dosa-dosa besar".

Wallahua'lam

sumber asal : my email

3 comments:

  1. zaman Nabi, buat salah sikit je, tp minta ampun macam buat salah besar, zaman sekrg buat salah besar, tp tak rasa ape pun, ape lagi nak bertaubat. insaf sangat baca cerita nie.. great post :D

    ReplyDelete
  2. kan? keinsafan sahabat2 nabi ni lah yg watkan sy takjub dan terpana dengan kisah2 mereka..subhanAllah..zaman skarang ni..hurmm..tak tau nak cakap ape..petanda akhir zaman..moga2 kita terhindar dari dosa2 besar..insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. subhanallah..
    manis nya iman.
    lazat nya

    moga kita juga begitu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails