Saturday

SAIDINA ALI DAN PEMINTA SEDEKAH



Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah. Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik. Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah. Apabila diberitahu 25 dirham, Saidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya. Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu.

Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan untanya. Saidina Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari. Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu.

Setelah mendapat wang, Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta. Beberapa hari kemudian, Rasulullah saw berjumpa Saidina Ali lalu bertanya "Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?" Apabila Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.

MORAL & IKTIBAR


ü  Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong orang yang dalam kesusahan.
ü  Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang balasannya akan diterima di dunia lagi.
ü  Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak
ü  Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.
ü  Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW



Betapa janggalnya jika kita mengaku sebagai umat Muhammad, menyedari betapa hebatnya manusia agung ini, mengetahui bahawa dia semulia-mulia manusia yang dijadikan Allah serta melalui kerasulannyalah kita semua dapat menikmati agama Islam yang dapat menyelamatkan kita dari azab api neraka, tidak pula mengetahui tentang sejarah hidup dan perjuangan baginda dalam usaha menegakkan keIslaman ke seluruh dunia. Betapa ramainya manusia yang bersikap seperti 'kacang lupakan kulit'.

Setelah menikmati kemewahan dan kesenangan hidup di dunia melalui syafaat dan kebesaran Junjungan Besar Muhammad saw, lantas tidak mempedulikan manusia agung yang bukan saja dipandang tinggi oleh makhluk bumi malahan segala malaikat di langit. Justeru itu, dalam ruang yang terbatas ini, dipaparkan sekelumit sejarah Baginda untuk sama-sama kita ketahui latarbelakang manusia yang diangkat Allah sebagai RasulNya yang terakhir serta menjadi suri teladan kepada manusia sejagat, membentuk tauhid dan iman, menyampaikan risalah Al-Quran dan dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak kemanusiaan terpuji.

Nabi Muhammad saw dilahirkan pada 12 Rabiul-Awal, bersamaan 20 April 571M. Ayahanda baginda bernama Abdullah bin Abdul Mutalib dan bondanya Aminah bt. Wahab. Ayahanda nabi telah meninggal dunia semasa baginda di dalam rahim ibunya. Semasa dilahirkan, bumi Mekah dan seluruh dunia mengalami satu keadaan yang sungguh syahdu menyambut kelahiran penyudah segala nabi yang akan menyinari seluruh alam ini. Banyak perkara ganjil dan luarbiasa berlaku bertepatan saat-saat keputeraan baginda. Tiga hari baginda disusukan oleh ibunya, selepas itu diserahkan kepada Tsuwaibah dan kemudian kepada ibu susuannya Halimatus Sa'adiah. Baginda tinggal dengan Halimah selama 4 tahun di luar kota Mekah.

Selepas itu dengan perasaan yang amat berat, Halimah menyerahkan semula baginda kepada bonda nabi, di bawah kawalan datuknya Abdul Muthalib. Semasa berusia 6 tahun ibu nabi wafat. Nabi menjadi yatim piatu semasa baginda amat memerlukan kasih sayang seorang ibu. Nabi dipelihara oleh datuknya Abdul Muthalib hanya selama 2 tahun. Selepas kematian datuk kesayangan Nabi, baginda dipelihara pula oleh ayah saudaranya Abu Thalib. Nabi bekerja sebagai gembala kambing untuk membantu bapa saudaranya menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Ketika berusia 12 tahun, Abu Thalib membawa Nabi ke negeri Syam (Palestine) untuk
berniaga. Dalam perjalanan inilah, baginda telah bertemu dengan seorang pendita Nasrani yang memberitahu Abu Thalib tentang tanda-tanda kenabian yang ada pada baginda. Pendita itu berpesan supaya memelihara baginda dengan baik. Baginda kemudian bekerja dengan Khadijah bt Khuwailid untuk membawa barang-barang dagangan ke negeri Syam. Khadijah sangat gembira kerana memperolehi keuntungan yang banyak sejak baginda bekerja dengannya.

Ketika baginda berusia 25 tahun, baginda kemudiannya berkahwin dengan Khadijah yang ketika itu berumur 40 tahun. Sepanjang perkongsian mereka, Khadijah dapat memperhatikan keistimewaan baginda yang bakal menjadi pemimpin agung. Semasa berumur 40 tahun, baginda diutus menjadi Rasul Allah. Ketika itu masyarakat Arab dikatakan hidup dalam zaman jahiliyyah - satu era yang penuh kegelapan, kejahilan, kerakusan dan keganasan. Pelbagai maksiat berlaku secara berleluasa seolah-olah kosong dari bimbingan agama. Sebaik saja dilantik menjadi Rasul, baginda tidak pernah duduk diam, bahkan berusaha siang dan malam menyeru kaumnya mentauhidkan Allah swt. walaupun dibenci dan dimusuhi oleh kaum musyrikin Mekah.

Tentangan yang diterimanya tidak melunturkan semangat, bahkan dihadapinya dengan sabar, tawakal dan redha di atas ketentuan Allah. Pengikut-pengikut Nabi kian bertambah hari demi hari dan ini menjadikan baginda kian dibenci oleh musuh-musuh Islam. Mereka mula bertindak liar mengugut dan menyeksa pengikut-pengikut Nabi. Apabila taktik itu tidak berjaya, mereka cuba memujuk Nabi menghentikan usaha dakwah dengan menjanjikan harta yang banyak; namun semuanya gagal. Ketika penentangan kian memuncak, pengikut- pengikut nabi ada yang berhijrah ke Habsyah (Ethiopia).

Dalam keadaan yang amat genting ini, Abu Thalib dan Siti Khadijah kembali menemui Allah. Nabi dirundung malang dan merasakan kekosongan yang amat sangat. Semasa mengalami tekanan fizikal dan mental yang serius, Allah menjemput Nabi melalui Malaikat Jibril untuk satu perjalanan yang amat bersejarah iaitu Israk dan Mikraj. Sepanjang perjalanan dari Mekah ke Baitul Maqdis (Israk) dan dari Baitul Maqdis ke Sidratul-Muntaha (Mikraj), Nabi dipertemukan dengan pelbagai keadaan bagi memperlihatkan kekuasaan dan kebesaran Allah. Perjalanan ini dapat memulihkan semangat juang Nabi di samping menambah keyakinan tentang kebesaran Allah. Ancaman ke atas Nabi semakin hebat sehingga mereka telah merancang membunuh baginda.

Semasa berusia 53 tahun (13 tahun selepas kerasulan), Allah memerintahkan Nabi berhijrah ke Madinah. Dari saat ini bermulalah kalendar Islam Hijrah. Ia berlaku pada 12 Rabiul-Awal bertepatan 28 Jun 622M. Baginda disambut oleh orang Ansar di Madinah dengan layanan yang sangat mesra. Di Madinah, Islam telah berkembang dengan amat pesat. Di sinilah tertegaknya masyarakat Islam dan negara Islam pertama di mukabumi. Tertegaknya negara Islam di Madinah membolehkan Nabi menubuhkan angkatan perang yang kuat dan ditakuti musuh.

Usaha dakwah gigih dijalankan dengan disokong oleh kekuatan tentera menjadikan mereka mula disegani dan dihormati. Islam dapat berkembang ke merata tempat. Selepas 8 tahun berada di Madinah, baginda mengumpulkan angkatan tentera dan pada 10 Ramadhan 8H. tentera Islam bergerak untuk membebaskan Mekah dari belenggu Musyrikin. Pasukan Quraisy dengan mudah dikalahkan oleh tentera Islam yang diketuai oleh Khalid bin Walid. Baginda terus tawaf di Kaabah sebagai tanda kesyukuran terhadap Allah. Di sana semua penghuni Mekah dikumpulkan. Baginda dengan sifatnya yang pengampun memaafkan kaum yang dulunya memusuhi baginda. Sejak peristiwa itu tamatlah tentangan Kaum Quraisy terhadap Nabi.

Islam terus berkembang ke seluruh dunia. Mesej kerasulan Nabi saw. Telah dapat disampaikan kepada umat. Kesempurnaan tugas kerasulan ini jelas di dalam Al-Quran dan disaat inilah Nabi dipanggil untuk menghadap Allah swt. Sepuluh tahun berlalu selepas penghijrahan baginda ke Madinah, sampailah saat-saat yang paling menyedihkan para sahabat dan seluruh makhluk di muka bumi dan langit - saat perpisahan dengan Baginda saw. Semasa berusia 63 tahun baginda akhirnya wafat di Madinah iaitu pada 13 Rabiul Awal 11H bersamaan 8 Mei 633M. Tugas menegakkan keislaman selama 43 tahun (13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah) telah sempurna.

Beberapa hari sebelum wafat, Nabi Muhammad sempat mengumpulkan para sahabat menerangkan baginda akan menemui Allah dan kemudiannya menyampaikan wasiat kepada mereka. Kota Madinah diselubungi kesedihan yang luar biasa ketika wafatnya manusia agung ini. Kerana kecintaan yang amat sangat terhadap baginda, ramai sahabat seolah-olah tidak mahu menerima hakikat kematian itu. Malah Saidina Umar sendiri menghunus pedang untuk membunuh sesiapa saja yang mengatakan Baginda telah wafat. Saidina Abu Bakar kemudian tampil meredakan keadaan dengan perasaan yang sangat terharu menyampaikan ucapan "Wahai manusia, sesiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad kini sudah wafat. Tetapi barangsiapa menyembah Allah, Allah tidak mati." Mendengar kata Abu Bakar ini, baru Saidina Umar sedar dan menangis teresak-esak.

Selepas kewafatan Nabi saw. usaha dakwah diteruskan oleh para sahabat sehingga empayar Islam tersebar luas ke merata dunia termasuklah di negara kita. Walaupun Rasulullah saw sudah wafat meninggalkan kita dan kita tidak langsung berpeluang melihat baginda, kita masih dapat  menikmati pusaka yang baginda tinggalkan iaitu Al-Quran dan Hadith. Sabda Nabi saw. "Aku tinggalkan pada kamu 2 perkara. Kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepada keduanya iaitu Al-Quran dan Hadith, sunnah rasulNya" Berkat kegigihan para sahabat dan para ulama, kini umat Muhammad sudah menjangkau 1000 juta orang. Alhamdulillah kita juga termasuk dalam umat Muhammad. Nabi Muhammad menggelar umat ini sebagai 'ikhwani' (saudaraku) dan memuji umat ini kerana mempunyai keimanan yang kental meskipun tak bersua muka dengan Baginda. Nabi Muhammad masih mengikuti perkembangan kita hari demi hari. Baginda akan suka jika umatnya berbahagia dan tidak melanggar ajarannya. Tapi baginda akan berasa amat sedih jika umatnya melanggar ajarannya dengan melakUkan maksiat.

Masyarakat kita kini dilanda krisis akidah yang amat berat. Tidakkah kita tahu bahawa malaikat setiap hari menyampaikan berita ini kepada Baginda? Apakah kita sanggup melihat Junjungan Besar kita berasa sedih kerana tindakan kita yang menentang Allah? Sanggupkah kita melihat Baginda bersedih akibat maksiat yang kita lakukan? Kenapakah kita seolah-olah tidak sensitif terhadap apa yang Baginda rasakan? Seharusnya kita membalas jasa baik Nabi dengan menyebarkan risalah keislaman kepada orang-orang kafir supaya mereka masuk Islam.

Tetapi apa yang berlaku.... sudahlah kita tidak mendakwah mereka, umat yang sedia Islamnya dari lahir lagi kita tidak mampu untuk mengekalkan keislamannya? Kita biarkan pula orang kafir laknatullah merampas status keislaman orang Islam. Di mana letaknya kesayangan kita terhadap Nabi kita? Mahukah kita menjadi manusia dayus, membiarkan orang lain memurtadkan  umat Islam sendiri? Dapatkah kita membuat alasan di hadapan Allah kelak, bahawa negara kita tidak ada undang-undang yang diperuntukkan untuk isu murtad? Tidakkah kita tahu bahawa Allah telah menyediakan hukuman mati kepada mereka yang murtad jika tidak bertaubat.. Maka kenapa perkara hukum ini tidak dijelaskan dengan baik, malahan disembunyikan fakta ini. Mahukah kita dicap sebagai 'Islam di sisi manusia' tapi sebenarnya 'kafir di sisi Allah'. Dalam usaha hendak menarik populariti manusia maka kita tidak perasan sudah menjemput kemurkaan Allah. Adakah manusia akan menilai kita atau Allah yang akan menilai kita? Tepuklah dada dan ujilah keimanan..

Nabi Muhammad saw kini sudah wafat. Perjuangan ini perlu/mesti diteruskan. Jika kita lemah dan tidak berjuang, musuh Islam kini semakin galak memainkan peranan memurtadkan orang Islam sendiri. Berapa ramaikah orang Islam di Malaysia ini sudah mengabaikan agama mereka. Kalau tidak pun, tahukah kita berapa peratus yang sudah meninggalkan sembahyang kerana memburu wang ringgit. Cubalah buat bancian statistik peratus yang dah tinggalkan agama atau yang tak solat?

Kita dok fikirkan yang remeh sedangkan perkara ini lebih patut diutamakan. Kita menyangkakan usaha lain lebih penting, rupanya itulah yang remeh di sisi Allah. Meskipun baginda sudah tinggalkan kita 1367 tahun yang lalu, namun keperihatinan baginda masih seperti dulu. Sama-samalah kita berganding bahu dengan Nabi memperjuangkan satu perjuangan yang tak akan habis selagi belum kiamat. Buatlah sesuatu yang boleh menyukakan hati Nabi. Jauhkan dari melukakan hatinya. Anggaplah seolah-olah Nabi masih ada di muka bumi ini. Janganlah kita terlalu lokek menghadiahkan selawat ke atas Junjungan saw. Meskipun baginda sudah tiada di bumi ini namun baginda akan mendoakan mereka yang  berselawat ke atasnya.

Pada Nabi Muhammad saw. ada contoh teladan. Oleh itu contohilah baginda dalam semua aspek kehidupan, sebagai pemimpin, sebagai bapa, sebagai ketua tentera, sebagai suami malahan sebagai manusia biasa. Baginda mempunyai ciri-ciri kemanusiaan yang unggul, berketrampilan dan sesuai sebagai seorang rasul yang terutama. Kenapa mencari tokoh-tokoh lain untuk diteladani sedangkan kita ada manusia yang paling unggul di dunia mahupun di akhirat iaitu Nabi Muhammad saw.?

Semoga kita mengenali diri baginda lebih dari kita mengenali diri ibu bapa kita sendiri. Semoga kita diakui oleh Nabi saw sebagai umatnya di akhirat nanti dan berbahagialah mereka yang mendapat syafaatnya pada hari pembalasan kelak..  Berdoalah semoga kita salah seorang daripada yang berbahagia itu.. Amin..

 kredit : my email

SEMERBAK IMAN MASYITA



Bercakap  fasal iman, saban tahun kita mendengar peristiwa 'israk dan mikraj' khususnya tentang kehebatan iman Masyita, tukang sisir rambut anak Firaun. Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan  memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya. Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Masyita walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam hati  kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan.  Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.

Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya terjatuh. Masyita terlatah dan berkata "Mampus Firaun! " Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia berkata, "Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?"

"Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah." Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah. "Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu bapaku." Masyita bertegas dan mengatakan, "Pergilah kau beritahu bapa kau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah." Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyita, dia menjadi murka dan memanggil Masyita. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Masyita tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun mengugut untuk membunuh Masyita dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya.

Keesokannya keluarga Masyita dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua keluarga Masyita termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyita tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Keimanan Masyita tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut.


Melihatkan iman Masyita yang tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyita seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu. Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyita menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyita meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Tuhan, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, "Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu." Masyita dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh berkata-kata. Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyita menjadi semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan askar Firaun terus melontarkan anak Masyita ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyita dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya.

Demikianlah hebatnya Masyita mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibril menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyita dan keluarganya.
 

MORAL & IKTIBAR


v  Orang yang mengorbankan jiwa dan raganya demi menegakkan kebenaran diberikan kedudukan yang tinggi di sisi Allah.
v  Bukan lelaki saja yang mempunyai semangat yang kental dan tinggi dalam memperjuangkan kebenaran. Golongan wanita yang dianggap kaum yang lemah juga mempunyai keberanian dengan izin Allah
v  Allah menetapkan hati hamba yang mencari keredhaanNya sehingga seorang bayi mampu bercakap dalam usia yang paling muda. Anak Masyita adalah salah seorang bayi yang boleh bercakap semasa kecil lagi. Contoh lain ialah anak Siti Mariam yang menafikan ibunya melahirkan anak haram.
v  Orang yang Allah tidak kehendaki keimanannya dibiarkan mereka hidup dalam kezaliman sehingga menyangka keburukan sebagai kebaikan dan kebaikan pula dipandang sebagai kejahatan.
v  Manusia jangan menyangka mereka mudah saja dibalas dengan syurga selagi tidak diduga dengan pelbagai musibah dan kesusahan.
v  Dunia adalah tempat bersusah-payah, manakala akhirat ialah tempat kesenangan abadi.
v  Prinsip dan pegangan hidup orang tua-tua, "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" seharusnya dijadikan pedoman hidup bagi kita.
v  Manusia yang senang kehidupannya tanpa diduga oleh Allah belum lagi diiktiraf keselamatannya di akhirat
v  Kesenangan di dunia belum boleh dijadikan bukti sebagai tanda Allah menyayangi mereka. Begitu juga kesusahan di dunia bukan menjadi bukti bahawa Allah membenci mereka.
v  Kesenangan di dunia bukan menjadi kayu pengukur kepada kesenangan di akhirat.
v  Kesusahan di dunia pula bukan menjadi kayu pengukur kepada kesusahan di akhirat.

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.W.T


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan
Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke
atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya
dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri
mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud
kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T
mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan
aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para
nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan
jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah
S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan
peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para
malaikat.


kredit : my email

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

sumber asal : my email

Kisah Tentang Sabar Dan Syukur Kepada Allah


 Bagi orang yang sering mengamati isnad hadits maka nama Abu Qilabah bukanlah satu nama yang asing karena sering sekali ia disebutkan dalam isnad-isnad hadits, terutama karena ia adalah seorang perawi yang meriwayatkan hadits dari sahabat Anas bin Malik yang merupakan salah seorang dari tujuh sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadits-hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Oleh karena itu nama Abu Qilabah sering berulang-ulang seiring dengan sering diulangnya nama Anas bin Malik.Ibnu Hibban dalam kitabnya Ats-Tsiqoot menyebutkan kisah yang ajaib dan menakjubkan tentangnya yang menunjukan akan kuatnya keimanannya kepada Allah.


Nama beliau adalah Abdullah bin Zaid Al-Jarmi salah seorang dari para ahli ibadah dan ahli zuhud yang berasal dari Al-Bashroh. Beliau meriwayatkan hadits dari sahabat Anas bin Malik dan sahabat Malik bin Al-Huwairits –radhiallahu ‘anhuma- . Beliau wafat di negeri Syam pada tahun 104 Hijriah pada masa kekuasaan Yazid bin Abdilmalik.

Abdullah bin Muhammad berkata, “Aku keluar menuju tepi pantai dalam rangka untuk mengawasi (menjaga) kawasan pantai (dari kedatangan musuh)…tatkala aku tiba di tepi pantai, tiba-tiba aku telah berada di sebuah dataran lapang di suatu tempat (di tepi pantai) dan di dataran tersebut terdapat sebuah kemah yang di dalamnya ada seseorang yang telah buntung kedua tangan dan kedua kakinya, dan pendengarannya telah lemah serta matanya telah rabun. Tidak satu anggota tubuhnya pun yang bermanfaat baginya kecuali lisannya, orang itu berkata,

“Ya Allah, tunjukilah aku agar aku bisa memuji-Mu sehingga aku bisa menunaikan rasa syukurku atas kenikmatan-kenikmatan yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan Engkau sungguh telah melebihkan aku diatas kebanyakan makhluk yang telah Engkau ciptakan”

Abdullah bin Muhammad berkata, “Demi Allah aku akan mendatangi orang ini, dan aku akan bertanya kepadanya bagaimana ia bisa mengucapkan perkataan ini, apakah ia faham dan tahu dengan apa yang diucapkannya itu?, ataukah ucapannya itu merupakan ilham yang diberikan kepadanya??.

Maka akupun mendatanginya lalu aku mengucapkan salam kepadanya, lalu kukatakan kepadanya, “Aku mendengar engkau berkata “Ya Allah, tunjukilah aku agar aku bisa memujiMu sehingga aku bisa menunaikan rasa syukurku atas kenikmatan-kenikmatan yang telah Engkau anugrahkan kepadaku dan Engkau sungguh telah melebihkan aku diatas kebanyakan makhluk yang telah Engkau ciptakan“, maka nikmat manakah yang telah Allah anugerahkan kepadamu sehingga engkau memuji Allah atas nikmat tersebut?? dan kelebihan apakah yang telah Allah anugerahkan kepadamu hingga engkau mensukurinya??”

Orang itu berkata, “Tidakkah engkau melihat apa yang telah dilakukan oleh Robku kepadaku? Demi Allah, seandainya Ia mengirim halilintar kepadaku hingga membakar tubuhku atau memerintahkan gunung-gunung untuk menindihku hingga menghancurkan tubuhku, atau memerintahkan laut untuk menenggelamkan aku, atau memerintahkan bumi untuk menelan tubuhku, maka tidaklah hal itu kecuali semakin membuat aku bersyukur kepadaNya, karena Ia telah memberikan kenikmatan kepadaku berupa lidah (lisan)ku ini. Namun, wahai hamba Allah, engkau telah mendatangiku maka aku perlu bantuanmu, engkau telah melihat kondisiku. Aku tidak mampu untuk membantu diriku sendiri atau mencegah diriku dari gangguan, aku tidak bisa berbuat apa-apa. Aku memiliki seorang putra yang selalu melayaniku, di saat tiba waktu sholat ia mewudhukan aku, jika aku lapar maka ia menyuapiku, jika aku haus maka ia memberikan aku minum, namun sudah tiga hari ini aku kehilangan dirinya. Maka tolonglah aku, carilah kabar tentangnya –semoga Allah merahmati engkau-”. 

Aku berkata, “Demi Allah tidaklah seseorang berjalan menunaikan keperluan seorang saudaranya yang ia memperoleh pahala yang sangat besar di sisi Allah, lantas pahalanya lebih besar dari seseorang yang berjalan untuk menunaikan keperluan dan kebutuhan orang yang seperti engkau”.

Maka akupun berjalan mencari putra orang tersebut hingga tidak jauh dari situ aku sampai di suatu gundukan pasir. Tiba-tiba aku mendapati putra orang tersebut telah diterkam dan dimakan oleh binatang buas. Akupun mengucapkan inna lillah wa inna ilaihi roji’uun. Aku berkata, “Bagaimana aku mengabarkan hal ini kepada orang tersebut??”. Dan tatkala aku tengah kembali menuju orang tersebut, maka terlintas di benakku kisah Nabi Ayyub ‘alaihi as-Salam. Lalu aku menemui orang tersebut dan akupun mengucapkan salam kepadanya lalu ia menjawab salamku dan berkata, “Bukankah engkau adalah orang yang tadi menemuiku?”, aku berkata, “Benar”. Ia berkata, “Bagaimana dengan permintaanku kepadamu untuk membantuku?”.

Akupun berkata kepadanya, “Engkau lebih mulia di sisi Allah ataukah Nabi Ayyub ‘alaihis Salam?”, ia berkata, “Tentu Nabi Ayyub ‘alaihis Salam “, aku berkata, “Tahukah engkau cobaan yang telah diberikan Allah kepada Nabi Ayyub?, bukankah Allah telah mengujinya dengan hartanya, keluarganya, serta anaknya?”, orang itu berkata, “Tentu aku tahu”. Aku berkata, “Bagaimanakah sikap Nabi Ayyub dengan cobaan tersebut?”, ia berkata, “Nabi Ayyub bersabar, bersyukur, dan memuji Allah”.

Aku berkata, “Tidak hanya itu, bahkan ia dijauhi oleh karib kerabatnya dan sahabat-sahabatnya”. Ia berkata, “Benar”. Aku berkata, “Bagaimanakah sikapnya?”, ia berkata, “Ia bersabar, bersyukur dan memuji Allah”. Aku berkata, “Tidak hanya itu, Allah menjadikan ia menjadi bahan ejekan dan gunjingan orang-orang yang lewat di jalan, tahukah engkau akan hal itu?”, ia berkata, “Iya”, aku berkata, “Bagaimanakah sikap nabi Ayyub?” Ia berkata, “Ia bersabar, bersyukur, dan memuji Allah, langsung saja jelaskan maksudmu –semoga Allah merahmatimu-!!”.

Aku berkata, “Sesungguhnya putramu telah aku temukan di antara gundukan pasir dalam keadaan telah diterkam dan dimakan oleh binatang buas, semoga Allah melipatgandakan pahala bagimu dan menyabarkan engkau”. Orang itu berkata, “Segala puji bagi Allah yang tidak menciptakan bagiku keturunan yang bermaksiat kepadaNya lalu Ia menyiksanya dengan api neraka”, kemudian ia berkata, “Inna lillah wa inna ilaihi roji’uun“, lalu ia menarik nafas yang panjang lalu meninggal dunia.

Aku berkata, “Inna lillah wa inna ilaihi roji’uun“, besar musibahku, orang seperti ini jika aku biarkan begitu saja maka akan dimakan oleh binatang buas, dan jika aku hanya duduk maka aku tidak bisa melakukan apa-apa[2]. Lalu akupun menyelimutinya dengan kain yang ada di tubuhnya dan aku duduk di dekat kepalanya sambil menangis.
Tiba-tiba datang kepadaku empat orang dan berkata kepadaku “Wahai Abdullah, ada apa denganmu?, apa yang telah terjadi?”. Maka akupun menceritakan kepada mereka apa yang telah aku alami. Lalu mereka berkata, “Bukalah wajah orang itu, siapa tahu kami mengenalnya!”, maka akupun membuka wajahnya, lalu merekapun bersungkur mencium keningnya, mencium kedua tangannya, lalu mereka berkata, “Demi Allah, matanya selalu tunduk dari melihat hal-hal yang diharamkan oleh Allah, demi Allah tubuhnya selalu sujud tatkala orang-orang dalam keadaan tidur!!”.

Aku bertanya kepada mereka, “Siapakah orang ini –semoga Allah merahmati kalian-?”, mereka berkata, Abu Qilabah Al-Jarmi sahabat Ibnu ‘Abbas, ia sangat cinta kepada Allah dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lalu kami pun memandikannya dan mengafaninya dengan pakaian yang kami pakai, lalu kami menyolatinya dan menguburkannya, lalu mereka pun berpaling dan akupun pergi menuju pos penjagaanku di kawasan perbatasan.

Tatkala tiba malam hari, aku pun tidur dan aku melihat di dalam mimpi ia berada di taman surga dalam keadaan memakai dua lembar kain dari kain surga sambil membaca firman Allah

}سَلامٌ عَلَيْكُمْ بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ| (الرعد:24)
“Keselamatan bagi kalian (dengan masuk ke dalam surga) karena kesabaran kalian, maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. 13:24)

Lalu aku berkata kepadanya, “Bukankah engkau adalah orang yang aku temui?”, ia berkata, “Benar”, aku berkata, “Bagaimana engkau bisa memperoleh ini semua”, ia berkata, “Sesungguhnya Allah menyediakan derajat-derajat kemuliaan yang tinggi yang tidak bisa diperoleh kecuali dengan sikap sabar tatkala ditimpa dengan bencana, dan rasa syukur tatkala dalam keadaan lapang dan tentram bersama dengan rasa takut kepada Allah baik dalam keadaan bersendirian maupun dalam kaeadaan di depan khalayak ramai”

[1] Diterjemahkan oleh Ustadz Abu Abdilmuhsin Firanda dari Kitab Ats-Tsiqoot karya Ibnu Hibban, tahqiq As-Sayyid Syarofuddin Ahmad, terbitan Darul Fikr, (jilid 5 halaman 2-5)

[2] Hal ini karena biasanya daerah perbatasan jauh dari keramaian manusia, dan kemungkinan Abdullah tidak membawa peralatan untuk menguburkan orang tersebut, sehingga jika ia hendak pergi mencari alat untuk menguburkan orang tersebut maka bisa saja datang binatang buas memakannya, Wallahu a’lam.
Related Posts with Thumbnails