Wednesday
Kisah Seorang Anak Yang Derhaka
Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di
kedai pada tengah hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual
hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain
menggeleng -gelengkan kepala.
Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan,
kata saya di dalam hati . Setelah enjin motosikal di matikan, saya
berjalan ke arah mereka.
" Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak
boleh keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak
faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa
yang mereka katakan itu.
" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat
kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak
dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia...tapi belum boleh lagi ".
" Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi
bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan
semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak
perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya
untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun,
ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang. >
" Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab
ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah
bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing
manis.
" Maaak...kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan
jugak," kata gadis itu.
" Yalah, mak tau...tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja !" si gadis berkata.
" Tak ada ," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-
kata keras.
" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya
menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah
emak ! Saya tak mau dengar ! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum
pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau
abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !"
Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan
menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . " Saida..Sai..
dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut
menahan sakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di
lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di
dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan
Sementara diluar, suasana sunyi sepi.
Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar.
Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di
pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi
berdenyut.
Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil
ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya
itu. Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa
gadis yang bekerja di luar.
Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke
kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi
bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai
dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur.
Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.
" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-
merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat
ibunya di tepi kubur."
Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk
menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk
kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis
berkenaan.
Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya
ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur
tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di
paku ke tanah. Si gadis mula cemas.
" Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta
pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang
kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh.
Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak
boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.
Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki
gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil
untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.
" Ayah...kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si
gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung
di pinggir kubur.
Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba
menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis
tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.
" Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni
ayah ? " kata si gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .
Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah
selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur
tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke
tanah.
" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis
itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air
matanya sudah tidak boleh di empang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida
menyesal...Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi
sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.
Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya
boleh di tarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik
keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa.
Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan
bahawa kubur tersebut perlu di kambus.
" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat
di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau
hujan macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-
dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita
selamatkan," balas imam.
Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di
putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai,
termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis
saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.
Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam
kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan.
Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.
Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar.
Tapi tidak berhasil.
" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah
lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak
ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.
" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua
menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.
Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana.
Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus
berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup
ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.
Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke
barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis
tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu
pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur
serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota
polis berkawal dengan senjata masing-masing.
Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada
polis berkenaan adalah kenalan saya.
" Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil , Raie
yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja
dia datang ke arah saya.
" Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya
perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan
kanan khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..."saya memujuk.
Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tana
berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan
dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun
demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau
keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku
kepada gadis berkenaan.
Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya
saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri
dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.
Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia
merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang
polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya
lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.
Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa
sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur
sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah
berhampiran lahad dan merintih ; "Emak...ampunkanlah Saida, Saida
sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."
Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran
daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon
keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni.
Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di
tanah namun tidak berhasil juga.
Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir
kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat
untuk menyelamatkan gadis berkenaan.
" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya
sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis
tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun
tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah
ibunya.
Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya
sangka , cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini beralaku di
depan mata.
Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para
alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas 'tunai'.
Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15
minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat
demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur
tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan
meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah,
lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf..."
Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa
Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di
bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya
lihat mengesatkan air matanya.
Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi
perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal
di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan
jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di
benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan
keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.
Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam
merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur
ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan.
Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara
tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.
Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan
mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan
adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin
dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu
bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di
keluarkan.
Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut
yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat
tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan
dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula
tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat
gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan
mendengar orang-orang bercerita.
Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida
meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di
bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam
hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga
kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.
Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas
terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu
kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.
Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun
kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi
seorang gadis yang derhaka.
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah...
Sumber asal : my email
Labels:
Kisah Pengajaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment