Monday

Mengenal Gadis Tiada Dara


Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.

Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak tangannya. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut. Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal.

Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk memmastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.

Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda banya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara.

Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.

Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan.

Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.

Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda.Wallahualam..

24 Perkara Yang JANGAN Dilakukan


Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita.
Di bawah ini terdapat 24 perkara - perkara yg. jangan dilakukan yg seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata "jangan" sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.

Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari
hambanya juga. Wallahuallam.

Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Buatku


Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'


Menurut  majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke
destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang
terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan
bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang
dipenuhi uban menegurnya.

"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai
dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu
berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."
nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh
gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di
tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu
gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas
cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata
kata yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik
di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa
mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu
biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang
wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang
yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di
dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati
hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan
menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar
tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para
penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba
tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan
kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak
disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir
jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi
sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur
kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga
orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka
terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah
kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah
hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita
jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati.
Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya
saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia
hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah
kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah
teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi
kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam
barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah
orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan
suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda
tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan
undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di
bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap
undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang
itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang
telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman
larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara
yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas
jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

Friday

Perkara2 yang menarik tentang Bercouple?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Assalamualikum wbt...

Maaf andainya t'kasar bahasa...
Utk pengajaran b'sama...
Andai ada yg terasa maaflah...
Sekadar p'kongsian b'sama...
Saling ingat mengingati...

Antara p'kara yg ber"manfaat" drpd ber'couple' ;


1) Seronok (dpt fitnah)...
2) Seronok (dpt dosa)...
3) Seronok (dpt geng dgn syaitan)...
4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan ada)...
5) Byk habis duit (lebih baik guna utk b'sedekah)...tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung stp bulan...
6) Banyak risau (takut awek org lain kebas...berapa kali dah miss solat pasal asyik berdating...tak pulak risau!)...
7) Banyak t'menung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek...kita sbg muslim patutnya byk mengingati MATI yg boleh dtg pd bila-bila masa)...
8)Lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia shj....yg lain dah tak kisah.)...
9) Menepati masa dan janji (takut awek marah...sembahyang fardhu lewat tak takut pulak)...
10) Lain-lain lg yg m'berikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd saham PAHALA...

Hasil drpd pengalaman/pemerhatian/kaj
ian ana t'dpt beberapa sbb yg m'jadi PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi ;

1) Byk sekolah/pusat pengajian campur. Perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg b'tanggungjawab utk mengawal p'campuran ini supaya tidak bercanggah dgn syarak...

2) P'kara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada p'dpt (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak (Nauzubillah !)... Pd p'dpt mrk, keluar dating di khalayak ramai, bukannya b'duaan di tempat sunyi, tak pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... So tak pe le dosa pun sikit je. Nanti dah kahwin settle dan taubat le. Ana bab nie yg payah nak jawab...ada aje alasan dia org utk melepaskan diri. Org kata kalau dah nak bt tu mmg macam2 helah. Kita nasihat kot sini dia corner kot lain. Bykkan b'sabar dan teruskan usaha kita insya-Allah lama2 dia akan sedar...

3) Sudah m'jadi naluri manusia ingin dibelai dan kasih, maka sbb itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas -ve dan +ve. Hasil drpd pentarbiyahan Islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner...maka t'jadinya perhubungan(kwn2) sebelum ada ikatan yg sah, dan ada setengah ibubapa dgn selamba kata,"Tak pe le dia orang dah besor... dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan mana buruk.. bior le". Betul juga kata ibubapa t'sebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg baik dan yg buruk...tp tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh abaikan...

4) B'tambahnya perempuan yang tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak dijaga spt cara b'gaul, bercakap, dan sbgnya. Ini m'buka ruang pada lelaki2 untuk memulakan projek mrk. Tak p'caya cuba pergi lepak (tujuan utk mengambil iktibar) kat KL... Ada yg elok tutup aurat tapi bila time sembang...tu dia, ketawa kalah lelaki.... lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu. Lelaki apa lagi...ada chance nie...

5) Ramai perempuan semakin berani....berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mrk pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend..... mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek...

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek, kalau takde awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa...lebih2 lg kalau tengok member2 lain dia ada awek. Faktor sekeliling m'pengaruhi suasana...

7) Lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab meng'ayat' awek...lelaki ni biasa le EGO..... ego tak kena tempat...

8) Haaaaa..... ni paling memalukan kaum lelaki.... lelaki ni cepat sangat PERASAN so dia pun naik semangat untuk kacau awek. Mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2... ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat', awek tu pun accept le mat tu. Ada juga awek yg manja sikit bila nak minta tlg maka lelaki akan t'perasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. Maka dianjurkan pada kaum Hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. Pada kaum Adam pula, jgn la perasan cepat sangat....

9) Ada kaitan dgn fakta ke 8.... perempuan cepat sangat kesian bila tengok lelaki b'susah-payah untuk dia. Tolong itu, tolong ini... Bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit aje dgn mudah perempuan t'sebut termakan kata-kata manis lelaki tersebut...yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi macam tu...

10) Fakta yg kesepuluh ini cukup sensitif pasal mrk (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mrk cukup ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah utk untuk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain....ngam ke tak ngam sebelum b'janji untuk sehidup semati...

Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh menghalalkan cara. Yg haram akan tetap haram, sbgmana hadith Rasullullah...

Daripada Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir(RA): Sabda Rasulullah(SAW) ;

"Sesungguhya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata...dan di antara keduanya ada kesamaran yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang memelihara dirinya dari segala kesamaran, maka ia memuliakan agama dan kehormatan bagi dirnya. Dan barangsiapa yang jatuh ke dalam perkara kesamaran, maka jatuhlah ia seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan..." (Mutafaq 'alaih)

10 PERINGATAN BUMI


Anas bin Malik r.a: Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan 10 perkara:

1. Hai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan di azab dalm perutku

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku,tetapi ingatlah engkau akan menangis di dalam perutku

4. Engkau bergembira di atas belakangku,tetapi ingatlah engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku. Tetapi ingatlah engkau akan menyesal di dalam perutku

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan dihina di dalam perutku

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku,tetapi ingatlah engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku

10. Engkau hidup di atas belakang beramai-ramai, tetapi ingatlah engkau akan keseorangan di dalam perutku.

9 golongan manusia dalam hal sembahyang


Bismillahirrahmanirrahim.

Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang. Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab. Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang...takut juga kita dibuatnya.


1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.

Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur...confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka...waliauzubillah.


2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.

Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!


3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.

Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main...kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!

4. Golongan yang lalai dalam sembahyang

Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah.

5.Golongan yang sembahyang tarik tali.

Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.

6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.

Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca...dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua didepan Tuhan, manalah Tuhan suka!

7.Golongan yang selamat.

Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang. Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.

8.Golongan muqarrabin

Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.

9. Golongan siddiqin

Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.

Begitulah 9 kategori golongan manusia dan sembahyangnya...dimana kita agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita). Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat. Amin ya Rabbal 'a alamin

Tanda-tanda Taubat di TERIMA dan di TOLAK oleh Allah


Untuk permulaan..sebagai hijrahnya anda kearah kebaikkan tentunya anda ingin bertaubat..betul tak? jadi, marilah kita lihat apakah tanda2 taubat kita diterima Allah atau tak..jika tidak..Istighfar banyak2..ingatkan mati, ingatkan dosa2 lepas..insyaAllah..

Taubat yang diterima dan ditolak ada tandanya.Antara tanda orang yang taubatnya diterima:

  1. Selepas bertaubat keadaannya lebih baik daripada sebelumnya. Seorang hamba hendaklah melihat dirinya setelah bertaubat. Apakah bertambah baiknya atau masih dalam kejahatan. Kalau menjadi baik, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, hendaklah dikesali. 
  2. Hendaklah berasa takut, yang dia tidak aman daripada azab Allah.
  3. Hendaklah menambat keinginan hatinya daripada berbuat maksiat.
  4. Hendaklah menyesal dan takut untuk melakukan sama ada dosa kecil atau jenayah yang besar.
  5. Berasa hina diri dan tawaduk.
Tanda taubat ditolak termasuk:
  1. Lemah keazamannya dan hatinya membayangkan keseronokan melakukan dosa semula. Itu adalah taubat orang yang dusta. Malunya kepada manusia, tidak kepada Tuhan, takutnya kepada manusia tidak takut kepada Allah.
  2. Tenang dan yakin dirinya telah bertaubat dan berasa aman daripada murka Allah.
  3. Beku air matanya daripada menangis dan keras hatinya.
  4. Tidak takut terhadap kematian dan peristiwanya.
  5. Tidak takut neraka dan peristiwanya.
  6. Tidak melakukan amal soleh selepas bertaubat.
Marilah kita bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah sebelum terlambat.
Firman-Nya bermaksud :“Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah (mintalah dihapuskannya dosa kamu), dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya, cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (ketika mereka berjalan), mereka berkata (ketika orang munafik meraba-raba dalam gelap gelita): “Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya engkau amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah at-Tahrim, ayat 8)
Related Posts with Thumbnails