Thursday

4 lelaki yg ditarik wanita ke neraka


Seseorang wanita itu apabila di yaumul akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.


Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!


1. Ayahnya


Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau
mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga

(sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.


p/s:kepada kaum wanita,kasihani lah keempat-empat mereka,jgn kerana kita mereka menanggung dosa dan kepada kaum lelaki..laksanakanlah tanggungjwb anda sebaiknya dan nasihatilah kaum wanita selagi boleh..ingat satu perkara,jika anda tidak mampu melakukan dgn perbuatan,buatlah secara lisan,dan kalau tdk mampu secara lisan..lakukan dgn hati..doa.

Kelebihan Si Adam dan Hawa

 
Lelaki

1.  Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2.  Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3.  Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4.  Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya sepert gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita


1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6 - wanita wajib taat kpd suaminya.

7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya3 kali lebih utama daribapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap). Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah. tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita... kan?

Wednesday

Biodata Musuh Islam


Bismillahi Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam
'ala Rasulillah
Assalamualaikum semua,
Untuk sedikit santapan rohani dan persediaan
menghadapi dan melawannya,
marilah kita mengenali siapa musuh kita.

BIODATA: PENGENALAN DIRI

Nama penuh: Iblis la'natullah
Tarikh lahir: sejak enggan sujud kepada Adam setelah diperintahkan oleh Allah.
Status: Fasiq kelas pertama.
Agama: kufur
Alamat tempat tinggal: di hati2 orang yang lalai.
Daerah: semua tempat yang tidak ada di dalamnya usaha mengingati Allah (seperti tempat hiburan)
Alamat tetap: neraka Jahannam
Isteri di dunia: setiap wanita yang tidak menutup aurat
Kaum kerabat: semua golongan taghut
Sifatnya: muzabzab, mengikut angin, menurut keperluan.
Cita2: agar semua orang jadi kafir
Kerja yang paling disukai: homoseks dan lesbian
Makanan yang disukai: daging mayat (mengumpat)
Yang ditakuti: mukmin yang bertaqwa
Yang dibenci: orang yang selalu mengingati Allah baik lelaki atau perempuan.
Kegemaran: menggoda dan menyesatkan
Penghiburnya: artis2, seniwati dan seniman
Yang menyebabkannya menangis: bilamana orang sujud kepada Allah

STATUS PERNIAGAAN

Sumber rezeki: harta haram
Modal pusingan: angan2 kosong
Tempat berurusan: di pasar2
Musuh saingan: setiap orang Islam
Rakan kongsi: golongan munafiq
Ganjaran: dosa
Arah tuju perniagaan: ke neraka
Hujah/dalil: fatamorgana (maya)
Kaedah berkomunikasi: mengumpat, mengadu domba.mengintip
Motto kerja: "hipokrasi asas akhlak"
Uniform kerja: segala warna, macam sesumpah. Setiap tempat ada warnanya.
Kesukaan: orang yang lalai dari mengingati Allah
Yang melemahkannya: istighfar
Lambang korporat: sebarang tatoo
Pejabat: tandas dan bilik air
Bilik operasi: tempat2 najis dan maksiat
Jenis perkhidmatan: mempromosi dan memproduktifkan kemungkaran
Tempoh perkhidmatan: sampai kiamat
Daya tahan: "sesungguhnya tipudaya syaitan sangatlah lemah"
Perangkapnya: wanita

Sama2lah kita cuba melarikan diri daripadanya.
Sumber asal: kitab Al Wiqayah Minal Jin Was Syaitan

Keluhan Kekasih


Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu tempat.

Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan.
Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa.
Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.

"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan?

Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?
Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan
yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku
tidak akan terpenuhi.

"Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",..
seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"

"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?"
Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamualaikum", seru Subuh.

"Waalaikumsalam", jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar,
Magrib dan Isyak?
Jawapannya... tersirat dalam diri.

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH


Rasulullah S.A.W. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangatlah berat timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul engkau Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T., maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepadaMu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya daripada api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah dibasahi airmata kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibrail A.S. mengumumkan, "Telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut,"

Dalam sebuah kitab yang lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan yang menghadapinya.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan."(Surah al-Jatsiyah ayat 28).

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka dapat didengari sejauh 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku(selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang Nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku,"

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-ganang, umat nabi Muhammad berusaha menghalangi dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk dan demi hak orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu Malaikat Jibrail berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Nabi Muhammad S.A.W."

Kemudian Jibrail membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Brekata Jibrail A.S., "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkan padanya." Lalu baginda mengambil dan menyiramkan pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W. pun bertanya kepada Jibrail A.S., "Wahai Jibrail! Air apakah itu?" Maka Jibrail berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takutkan kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api
itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W., "Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepadaMu, sebelum tidak ditemunya air mata."

7 jenis wajah mayat di dalam kubur


  renungan untuk kalian....

                  7 jenis wajah mayat di dalam kubur

                  1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah
                  petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik
                  kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main,
                  dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka
                  selama-lamanya.

                  2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa
                  hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat
                  lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat
                  mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.
                  Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan
                  ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat
                  juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi
                  kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang
                  telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii... . Kalau
                  kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak
                  silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari
                  kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

                  3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah
                  mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

                  4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang
                  semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram
                  banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram.
                  Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang
                  haram.

                  5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh
                  tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi,
                  mengata orang dan mengumpat orang.

                  6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya
                  lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan
                  riba'.

                  7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa
                  hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Air Tangan Orang Yang Tak Solat


Buat peringatan untuk kita yang sentiasa 'sibuk' /mencari alasan... .dll

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A.S. Begini kisahnya...


pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. " Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram,
tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan l! elaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...

Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah
solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan? tapi..lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi
petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra'
Mikraj, sedangkan kewajip! an2 lain memadai diutus melalui Jibril a.s. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu." jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan Kelak
Related Posts with Thumbnails